Pengarah Urusannya, Muhammad Hafiz Samsudin berkata, kursus intensif tersebut yang bernilai RM99 seorang kini diberikan secara percuma kepada 150 orang terawal yang mendaftar.

“Kursus intensif yang ditawarkan menggunakan modul yang terkini. Pengisiannya juga lebih padat serta penceramah terdiri daripada mereka yang berpengalamandalam bidang umrah dan arif dalam hukum ibadah.

“Selain itu, kita akan memberikan tips-tips untuk memperoleh kesempurnaan dalam ibadah umrah, buku panduan umrah yang padat berserta doa-doa dan garis panduan umrah serta saguhati eksklusif dari AsShams Travel,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Muhammad Hafiz, mereka yang hadir juga berpeluang memenangi baucar RM500 untuk menunaikan umrah.

“Saya saran supaya orang ramai untuk merebut peluang keemasan ini kerana selain dapat menyertai kursus umrah secara percuma, mereka juga berpeluang mendapat baucar umrah bernilai RM500.

“Jangan tunggu lama, segera daftar nama kepada kami kerana penyertaan sangatlah terhad,” ujarnya.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai kursus umrah secara percuma ini, boleh hubungi pegawai di AsShams Travel and Tours di nombor 016-6006631 (Rahman), 016-336626 (Adha) dan 016-3399969 (Yassirah). - UTUSAN ONLINE