Program yang julung-julung kali diadakan selama empat jam bermula pukul 8 pagi itu, dianjurkan oleh PPDK Jauhar Jannah di sini.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Mohammad Hazam Ismail berkata, program Lambaian Kaabah itu diadakan dengan mengikut cara-cara mengerjakan haji mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW.

Katanya, ia juga bertujuan menyemarakkan rasa cinta dan rindu golongan yang terlibat kepada Tanah Suci itu.

“Mereka yang terlibat itu diberi taklimat mengerjakan haji oleh Imam Masjid Behor Mentaloon, Ahmad Adnan Fadzil sebelum diberi peluang mengerjakan ‘haji’.

“Keenam-enam rukun haji bermula daripada berniat ihram sehinggalah bercukur (tahalul) dan diikuti rukun tertib selesai dilaksanakan dengan jayanya,” katanya.

Katanya lagi, berikutan sambutan yang menggalakkan itu, pihaknya merancang untuk meneruskan program seumpama tersebut pada masa hadapan. - UTUSAN ONLINE