Pengerusi YSS, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, selain itu pihaknya akan melaksanakan projek perpustakaan mini de­ngan melibatkan kerjasama sya­rikat-syarikat korporat.

LEE LAM THYE
LEE LAM THYE

Katanya, buat permulaan ke­dua-dua projek perintis itu akan dilaksanakan di lima PPRT sekitar Lembah Klang di samping berhasrat untuk meneruskannya di seluruh negara.

“Tuisyen percuma ini dikhususkan kepada 150 pelajar yang bakal menduduki Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta memfokuskan subjek Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik atau STEM.

“Bagi projek perpustakaan pula, ia adalah medium terba­ik bagi menggalakkan buda­ya berilmu dalam kalangan war­ga PPRT dengan mereka sendiri akan menguruskan perpusta­kaan itu,” katanya dalam sidang akhbar ketika Majlis Sambutan Ulang Tahun Ketujuh Penubuhan YSS, di sini hari ini.

Ujar Lam Thye lagi, tenaga pengajar program tuisyen percuma itu dijangka melibatkan 150 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sekitar Lembah Klang dengan di bawah pemantauan alumni YSS.

“Selain memfokuskan projek kesukarelaan di dalam dan luar negara, kita mahu dua program terbaharu ini dapat memberi impak positif kepada masyarakat.

“Selain itu, kita ingin meneruskan kejayaan YSS selama ini yang telah melahirkan sukarelawan di dalam kalangan pelajar IPT dan membentuk generasi pemimpin masa depan negara,” katanya.

Sementara itu, Lam Thye me­ngucapkan terima kasih kepa­da kerajaan dan Kementerian Pendidikan kerana memberi ke­­percayaan kepadanya untuk dilantik sebagai Pengerusi YSS.