Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

YPC sedia peruntukan khas bantu sekolah angkat

Syed Ali Alhabshee (belakang, tujuh dari kiri) bersama pengetua
Syed Ali Alhabshee (belakang, tujuh dari kiri) bersama pengetua dan guru besar sekolah angkat YPC dalam majlis jamuan makan tengah hari sempena sesi persekolahan 2017 di Dewan Rekreasi UMNO Cheras, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

YAYASAN Pendidikan Cheras (YPC) meneruskan komitmen membantu 37 buah sekolah angkatnya dengan menyediakan peruntukkan khas bagi melaksanakan program pendidikan sepanjang sesi persekolahan tahun ini.

Pengerusi YPC, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, peruntukan itu merupakan sumbangan tahunan sebagai bantuan dan sokongan untuk sekolah angkat mengadakan program pendidikan yang melibatkan guru dan pelajar di sekolah.

“Pihak pengurusan sekolah perlu bijak dan wibawa untuk membentuk satu pasukan guru yang mantap, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi untuk menjayakan program pendidikan dan seterusnya melahirkan generasi pelajar yang cemerlang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis jamuan makan tengah hari sempena sesi persekolahan 2017 yang dihadiri 250 guru sekolah angkat YPC di Dewan Rekreasi UMNO Cheras, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Yang turut hadir, Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan, Datuk Fauziah Buang dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan, Datuk Roslan Hasan.

YPC yang ditubuhkan pada tahun 2000 mempunyai 37 sekolah angkat yang terdiri daripada 12 sekolah menengah, 19 sekolah rendah, dua sekolah rendah pendidikan khas, dua Sekolah Rendah Agama dan dua Tabika Perpaduan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain