Pengerusi YPC, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, program pendidikan merupakan komponen penting yang sentiasa menjadi keutamaan dan komitmen YPC sejak awal penubuhannya pada tahun 2000.

“Untuk itu, YPC akan terus memperluas usaha bagi memastikan pembangunan pendidikan di sekolah-sekolah angkat dapat berjalan lancar dan mencapai tahap cemerlang,” katanya dalam sa­tu kenyataan baru-baru ini.

Dalam Seminar SPM itu, peserta didedahkan kaedah pembelajaran berkesan dan teknik menjawab soalan peperiksaan mengikut subjek.

Subjek teras yang menjadi fo­kus seminar ini ialah Bahasa Melayu, Sejarah, Sains, Matematik Mo­den dan Prinsip Akaun.

Selain itu, peserta turut diberi bimbingan serta suntikan motivasi oleh guru-guru cemerlang supaya mereka lebih yakin dan bersedia menduduki peperiksaan.

Memandangkan peserta seminar telah menunjukkan komitmen dan kesungguhan yang tinggi untuk mencapai kejayaan maka program pendidikan seperti ini akan diteruskan pada masa depan.

Oleh sebab itu, Biro Pendidikan YPC telah menyediakan pe­ran­cangan ta­hun­an dan semua pro­gram dapat dilaksanakan dengan sokongan padu Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan Ku­ala Lum­pur, Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu dan sekolah-sekolah angkat.