Seramai 1,200 pelajar mengikuti seminar itu di Fakulti Sains dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi manakala 320 pelajar lagi mengikuti program di Dewan UMNO Cheras Jalan Peel, Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Antarabangsa YPC, Datuk Dr. Noel Robert berkata, seminar itu merupakankesinambungan terhadap beberapa program pendidikan yang telah dianjurkan oleh YPC sejak dari awal sesi persekolahan lalu.

“Fokus utama pembelajaran dalam seminar ini adalah untuk memahirkan pelajar atau membolehkan mereka menguasai mata pelajaran dengan baik terutama pada waktu-waktu terakhir menje­lang SPM nanti,” katanya ketika berucap dalam seminar itu di UKM.

Yang turut hadir, Pegawai Pendidikan PPD Hulu Langat, Zainariah Ahmad Yusop.

Menurut Zainariah, inisiatif YPC ini amat dialu-alukan pihak PPD bagi membantu meningkatkan pencapaian SPM pelajar dalam daerah Hulu Langat pada tahun ini.

“Tahun ini, kita memang berazam untuk meningkatkan tahap pencapaian SPM di daerah Hulu Langat memandangkan penncapaian SPM yang kurang memberangsangkan, tempat keempat di Selangor pada tahun lalu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Kolej Antarabangsa YPC menawarkan kursus pembelajaran yang pa­ling menarik dengan tawaran Biasiswa Utusan Malaysia-YPC dengan syarat kelayakan masuk minimum lima kredit dalam SPM.

Malah, pelajar juga berpeluang mengikuti pengajian program asasi Liverpool John Moores University (LJMU), United Kingdom.