Datuk Dr. Nasharudin Mat Isa
Datuk Dr. Nasharudin Mat Isa

Pengerusi Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif GMMF, Datuk Dr. Nasharudin Mat Isa berkata, pembukaan Geran Penyelidikan GMMF 2018 juga bertujuan untuk menjana perkembangan penyelidikan yang berkaitan dengan gerakan kesederhanaan.

Beliau berkata, pembukaan geran penyelidikan terdiri daripada tiga kategori iaitu Geran Penyelidikan Eksploratori (GMMFERG) yang mencecah sehingga RM70,000; Geran Penyelidikan Fundamental (GMMFFRG) sebanyak RM50,000 dan Geran Penyelidikan Jangka Pendek (GMMFST) sehingga RM30,000.

“Permohonan geran-geran yang ditawarkan ini dibuka sehingga 2 Februari ini dan kami, GMMF mengalu-alukan permohonan daripada para akademik dan penyelidik,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dr. Nasharudin berkata, penyelidik yang berkepakaran dalam tujuh inisiatif GMM iaitu kewujudan bersama, mencegah dan menangani jenayah ekstremisme, resolusi konflik, pendidikan, tadbir urus dan perundangan, pembangunan mampan serta mengurus Islamofobia dialu-alukan untuk membuat permohonan.

Jelas beliau, semua pemohon mestilah menjadi ahli berdaftar Alliance of Researchers on Moderation (ARM) sebelum membuat permohonan geran.

Pendaftaran sebagai ahli ARM boleh dibuat melalui http://www.gmmoderates.org/be-part-of-the-moderate-force/ dan untuk maklumat lanjut, sila hubungi [email protected] - UTUSAN ONLINE