Mantan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Bank Rakyat, Datuk Mohamad Sazali Kamilan berkata, inisiatif ini membuktikan yayasan sememangnya peka terhadap arus kemajuan dan teknologi terutama dalam menyediakan sistem pengajaran dan pembelajaran yang terkini bagi melahirkan modal insan cemerlang kepada negara.

“Sumbangan ini diharap dapat membantu meningkatkan pencapaian akademik sekolah terbabit selain menyediakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi yang lebih baik,” katanya ketika menyerahkan tajaan itu di SK Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Objektif penajaan ini adalah bagi memberi peluang kepada pelajar yang kurang berkemam­puan mengakses sumber teknologi maklumat secara percuma di sekolah dan seterusnya mendorong mereka agar memiliki semangat belajar yang tinggi.

Dengan perpustakaan digital ini, sepanjang tempoh pembe­lajaran di sekolah, pelajar dapat mengakses pelbagai maklumat dan informasi menggunakan set komputer meja dan sambungan talian wifi yang disediakan.

Perpustakaan Serambi Ilmu Rakyat juga turut menyumbang buku-buku sumbangan yang diterima daripada orang awam yang masih berkeadaan elok dan bersesuaian kepada sekolah-sekolah angkat tersebut.

Pemilihan sekolah dibuat berdasarkan beberapa kriteria se­perti keupayaan pelajar sekolah berkenaan untuk mengakses sumber maklumat secara digital, sekolah yang cemerlang dan lokasi sekolah.