Ketua Pengarahnya, Datuk Abibullah Samsudin berkata, matlamat utama penganjuran program tersebut adalah untuk meningkatkan pencapaian akademik murid pada peringkat UPSR terutama mereka dalam kumpulan prestasi sederhana dan lemah khususnya di luar bandar.

“Murid akan diberikan tip dan teknik menjawab soalan dengan betul serta bimbingan guru dan pakar ke arah mencapai kejayaan yang lebih cemerlang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kira-kira 500 murid dan ibu bapa menyertai program berke­naan bagi peringkat negeri Sarawak di Wisma Bintulu pada Ahad lalu.

“Program ini menggunakan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bersama Kementerian Pendidikan, Utusan Malaysia, Felcra dan Yayasan Taqwa manakala pemilihan peserta dibuat oleh Jabatan Pendidi­kan negeri (JPN) melalui semua Pejabat Pendidikan daerah (PPD).

“Bagi negeri Sarawak, kos per­belanjaan untuk program tersebut ialah sebanyak RM769,000 yang meliputi 31 buah PPD membabitkan 455 buah sekolah de­ngan 11,228 murid,” katanya.