Majlis pelancaran modul itu disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan negeri, Shaharudin Sharif dan disaksikan Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad; Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK), Mohd. Suhaimi Mohamed Ali dan Guru Besar sekolah tersebut, Faridah Sukiran.

Pelaksanaan modul yang dibangunkan oleh Utusan Pelajar dengan kerjasama IPGKIK bagi menyahut program penjenamaan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) itu diyakini mampu mencetuskan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid.

Objektif modul berkenaan adalah untuk merangsang PAK-21 secara bertema pada setiap minggu semasa perhimpunan sekolah.

Pada majlis berkenaan, murid-murid, guru dan tetamu kehormat turut menjayakan aktiviti pembelajaran bahasa isyarat yang merupakan salah satu daripada 42 modul akan disiarkan dalam Utusan Pelajar yang diterbitkan setiap Isnin. - UTUSAN ONLINE