Inisiatif yang dirintis Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan bagi memastikan kesemua 821 muridnya menepati waktu dan tidak lewat ke sekolah serta dapat mengatasi masalah ponteng.

Pelancaran penggunaan mesin perakam waktu tersebut disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin.

Yang hadir sama, Guru Besar, Zam Zam Mohamad @ Jusoh dan Pengerusi PIBG, Mohd. Zamzaini Zolkeffli. - UTUSAN ONLINE