Seramai 550 murid dari 27 buah sekolah rendah sekitar daerah ini termasuk 86 murid Orang Asli Seletar menerima barang keperluan untuk memulakan sesi persekolahan awal tahun depan.

Ketua Kejuruteraan dan Pembuatan PrefChem, Ahmad Farid Yaacob berkata, mereka menerima sumbangan tersebut menerusi Program Jom Naik Sekolah kali ketiga di Dewan Bandaran Kejora Bandar Penawar di sini sebentar tadi.

“Sumbangan ini bertujuan untuk membantu murid terpilih sekali gus meringankan perbelanjaan ibu bapa dalam membuat persiapan sesi persekolahan 2019.

“Setiap murid menerima dua pasang baju sekolah, dua pasang kasut dan sebuah beg sekolah,” katanya ditemui pemberita di dewan tersebut.

Yang turut hadir Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Azman Adnan dan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi Mohd. Fadhil Ishak. - UTUSAN ONLINE