Kehadiran kembar tiga yang pemalu itu juga mencuri tumpuan sesiapa sahaja, termasuk Pengarah Pendidikan negeri, Muhammad Zahari Othman ketika meluangkan masa melawat sekolah itu sempena hari pertama sesi persekolahan 2019, hari ini.

Nur Naurah yang menjadi ‘jurucakap’ kepada kembar-kembarnya memberitahu, Nur Nazneen merupakan kakak kepada mereka kerana dia yang lahir dulu, diikuti Nur Naurah manakala dia pula yang paling muda.

Difahamkan, kedua-dua ibu bapa mereka yang merupakan guru agama dan doktor gigi tidak dapat menemani kembar tiga tersebut kerana perlu bergegas ke tempat kerja masing-masing.

“Aisyah duduk kelas Eugenia. Saya dan Nazneen duduk kelas Dahlia. Saya tidak kisah Aisyah duduk kelas lain. Aisyah pun tidak kisah saya dan Nazneen duduk kelas lain,” katanya ketika ditemui pemberita.

MOHAMMAD ZAHARI OTHMAN (kiri) menerangkan sesuatu kepada tiga pasangan kembar (dari kanan) Wan Nur A

MOHAMMAD ZAHARI OTHMAN (kiri) menerangkan sesuatu kepada tiga pasangan kembar (dari kanan) Wan Nur Airis Balqish dan Wan Nur Airin Balqish Mohd Radzuan; Nur Aisyah, Nur Naurah dan Nur Nazneen Azairi   Serta Aishah dan Sara Abdullah yang memulakan persekolahan Tahun 1 di sekolah SK Zainab 1, Kota Bharu hari ini. – UTUSAN ONLINE/ GHAZALI BASRI

Selain kembar tiga itu, turut menarik perhatian ramai di SK Zainab 1 ialah pasangan kembar seiras, Wan Nor Aini Balqis Wan Mohd. Izuan dan adiknya, Wan Nor Airy Balqis serta pasangan kembar tidak seiras, Sarah Abdullah dan adiknya, Aisyah.

Sementara itu, Muhammad Zahari memberitahu, seramai 15,358 murid tahun 1 memulakan hari pertama sesi persekolahan 2019 di seluruh negeri ini dengan Kota Bharu merekodkan jumlah murid tertinggi iaitu 6,078 orang.

“Bilangan murid di negeri ini yang mengikuti sesi prasekolah pula adalah seramai 16,685 orang manakala pelajar sekolah menengah pula seramai 97,340 orang,” katanya.

GELAGAT dua sahabat murid Tahun 1, Nik Noranis Mohd Asraf (kanan) dan Nur Danisarah Mohd Zain di S

GELAGAT dua sahabat murid Tahun 1, Nik Noranis Mohd Asraf (kanan)  dan  Nur Danisarah Mohd Zain di SK Zainab 1, Kota Bharu hari ini. – UTUSAN ONLINE/ GHAZALI BASRI

Beliau dalam pada itu menambah, bagi memastikan Jabatan Pendidikan negeri dapat memberi perkhidmatan terbaik, talian hotline 09-741 8082 dibuka membolehkan orang ramai membuat aduan serta mengemukakan masalah.

Terdahulu, beliau turut membuat tinjauan hari pertama sesi persekolahan di Maktab Sultan Ismail, di sini. - UTUSAN ONLINE