Majlis penyerahan itu disempurnakan oleh Pengerusi PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MNRB, Mohd. Din Merican berkata, penyerahan itu sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2017 yang sedang berlangsung di Dataran Temerloh di sini.


Katanya, SK Kuala Krau adalah sekolah angkat MNRB di bawah ‘Program Lestari Cemerlang MNRB’.


“Selain itu, MNRB turut menganjurkan program ‘MNRB Ringgit Savvy’ bertujuan memupuk minat murid-murid untuk menabung,” katanya pada majlis berkenaan. - UTUSAN ONLINE