Bagi Terengganu, edaran itu bermula di daerah Dungun, Kemaman, Kuala Terengganu dan Besut hari ini.

Daerah-daerah lain di Terengganu akan menyusul kemudian.

 

Majlis penyerahan tablet guru bagi daerah Dungun telah dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Dungun, Datuk Din Adam.

Lebih 900 guru di daerah ini menerima tablet guru hari ini.

Tablet itu dilengkapi dengan aplikasi Tutor Guru sebagai alat bantuan mengajar guru-guru. - UTUSAN ONLINE