Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Asma Ismail berkata, aplikasi berkenaan memberi manfaat kepada 41,000 warga USM termasuk 31,000 pelajar dan 10,000 kakitangan di kesemua kampus.

Beliau berkata, aplikasi dalaman itu mengandungi beberapa bahagian cabaran berat, tip nutrisi dan kampus aktif.

“Yaang paling utama dalam USMFIT adalah cabaran berat bagi memastikan setiap kakitangan USM mengekalkan berat badan yang sesuai mengikut Index Jisim Badan (BMI) yang bersesuaian.

“Warga USM akan diukur berat badan dua minggu sebelum berpuasa serta menjalani latihan yang akan dikendalilan oleh zon masing-masing bagi mengurangkan berat badan dan hasil keputusan diambil dua minggu selepas hari raya.

“Sekiranya berat badan kakitangan dan pelajar kami tidak mengikut BMI yang sepatutnya, 150 tenaga pengajar yang terdiri daripada kakitangan USM bersedia membantu untuk mencapai berat badan yang ideal,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Program #USMFIT peringkat Kampus Kesihatan di Kompleks Sukan, Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian, di sini, hari ini.

Yang hadir sama, Pengarah Kampus Kesihatan USM, Profesor Datuk Dr Ahmad Sukari Halim.

Justeru, Asma menyeru seluruh warga USM untuk mengisi maklumat berkaitan berat badan dan tinggi di laman sesawang #USMFIT bagi memastikan program tersebut berjaya. - UTUSAN ONLINE