Simposium Antarabangsa Mengenai Kerjasama, Toleransi dan Dialog Kontemporari yang diadakan di kampus USIM di sini telah dirasmikan Ketua Setiausaha Liga Islam Sedunia, Datuk Seri Dr. Muhammad Abdul Kareem Al-Issa.

Beliau juga merupakan Penasihat Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Majlis perasmian simposium itu turut dihadiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohd. Razi dan Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Musa Ahmad.

Simposium itu merupakan antara usaha dan kerjasama dijalinkan USIM dan Liga Islam Sedunia ke arah penubuhan Pusat Kemanan Antarabangsa Raja Salman yang melibatkan kedua-dua negara. - UTUSAN ONLINE