Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Noordin Abbas berkata, menariknya kesemua syarikat berkenaan sanggup bersama-sama syarikat penerbitan Melayu itu ke seluruh negara sejak sembilan tahun lalu menganjurkan festival tersebut.

“Kumpulan Utusan sangat berbesar hati kerana berpeluang untuk menganjurkan pameran pendidikan sebegini sebagai khidmat sosial kami kepada masyarakat dalam usaha menyahut seruan kerajaan yang ingin melahirkan generasi cemerlang.

“Sebagai sebuah syarikat media Melayu yang telah wujud sejak 79 tahun lalu, Kumpulan Utusan bukan hanya bertindak sebagai penyebar informasi menerusi laporan berita malah bertanggungjawab mendidik masyarakat melalui penerbitan bahan-bahan bacaan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Festival Hari Guru Kebangsaan 2017 di Padang A, Angsana Johor Bahru Mall, di sini hari ini.

Festival berkenaan dirasmikan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid. - UTUSAN ONLINE