Sekolah terbabit menggunakan Tutor UPSR dan Tutor English dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi memantapkan persediaan calon sejak awal tahun

Di Kota Kinabalu, dua calon UPSR Sekolah Kebangsaan (SK) Tansau, Nur Ain Sukriman dan Farhah Nadhirah Abdul Rahim memperoleh 6A manakala SK Puun Tunoh pula mencatatkan kelulusan 100 peratus.

Daerah Kundasang pula merekodkan sembilan murid memperoleh keputusan 3A, 4A, 5A dan 6A di samping SK Tarawas me­raih keputusan lulus 100 peratus.

Pencapaian murid terbanyak yang meraih 3A hingga 6A direkodkan di daerah Kinabatangan dengan jumlah 58 orang terma­suklah dari empat sekolah yang cemerlang iaitu SK Tundun Bohangin, SK Sri Ganda, SK Sapagaya dan SK Abai.

Prestasi sekolah di kawasan pedalaman juga membanggakan terutama di daerah Sipitang apabila 21 calon meraih keputusan 3A hingga 6A dan tiga buah sekolah, SK Kebawang, SK Ulu Bole dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Sin Boon Sindumin mencatat­kan kelulusan 100 peratus.

Empat sekolah dari daerah Sook dan Nabawan, SK Binowou Tengah, SK Kawakan, SK Simbuan dan SK Tulid tersenarai dalam 10 sekolah terbaik bagi kawasan pedalaman.

Impak penggunaan Tutor turut melonjakkan SK Binanon dan SK Pohon Batu yang mencatatkan peningkatan keputusan Gred Purata Sekolah (GPS) lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Secara keseluruhan, sebanyak 333 sekolah rendah dan menengah di Sabah menggunakan 425,000 naskhah Tutor tahun ini.

Sekolah-sekolah di Sabah yang ingin melanggan Tutor boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Eksekutif Jualan Utusan Malaysia, Celestina Ubing di talian 012 8020261.