MOHAMMAD SHATAR

Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, pembinaan fakulti itu selari dengan hasrat negara dalam mentransformasikan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Beliau berkata, ini bagi me­ning­katkan daya saing tenaga kerja mahir tempatan dan mengu­rangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing.

“Fakulti ini menyediakan gra­du­an kepada pembelajaran lebih secara hands-on berbanding teori semata-mata.

“Fakulti baharu ini akan menjadi entiti yang besar malahan saya boleh sifatkan UPSI universiti pertama yang mewujudkan Fakulti Teknikal dan Vokasional yang le­bih fokus dalam TVET di negara ini,” katanya ketika dihubungi.

Fakulti Teknikal dan Vokasional UPSI di Te­luk Intan akan dibina di atas kawasan seluas 32 hektar bertujuan menyediakan kemudahan pengajaran dan pembe­lajaran pelajar serta bakal pensyarah dalam bidang itu.

Projek yang dijadualkan siap pada akhir 2019 itu mampu menampung sekurang-kurangnya 1,000 pensyarah dalam bidang teknikal dan vokasional.

Projek bernilai RM177.4 juta meliputi ruang pentadbiran dan sokongan, bilik kuliah, bengkel, kompleks kedi­aman, rumah pengetua dan felo, surau, dewan serba guna, kafeteria, dan kemudahan beriadat.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dijadual melancarkan projek ber­kenaan pada Khamis ini.