Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, pelajar perlu dipersediakan dalam menghadapi revolusi Industri Keempat (Industri 4.0).

“Kita juga memerlukan lebih banyak syarikat untuk bekerjasama rapat dengan universiti-universiti kita.

“Dan universiti pada masa sama, perlu mengangkat industri dalam membangunkan penyelidikan terkini serta membina tenaga kerja dengan perspektif antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Huawei Malaysia Seed for the Future 2018 di sini hari ini.

Sebanyak 10 pelajar universiti dari bidang kejuruteraan elektronik dan sains komputer dari negara ini telah memenangi lawatan sambil belajar ke China di bawah program tersebut. - UTUSAN ONLINE