Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

UniKL IPROM tawar kepakaran industri rel

Majukan teknologi reka bentuk, produk industri pengangkutan

Penyelaras program reka bentuk UniKL IPROM, dari kiri, Norhisham Seyajah, Dr. Nik Masmiati Nik Pa, P
Penyelaras program reka bentuk UniKL IPROM, dari kiri, Norhisham Seyajah, Dr. Nik Masmiati Nik Pa, Prof. Dr. Ahmad Zakaria dan Dr. Nik Mohamad Farid Nik Ismail semasa temuramah tentang Program Penggayaan Model Bagi Reka Bentuk Insfrastruktur di UniKL IPROM, Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

PENGANGKUTAN rel sebenarnya telah bertapak di Tanah Melayu sejak lewat kurun ke-19 lagi dengan matlamat untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari kawasan perlombongan ke pelabuhan-pelabuhan yang terletak di sepanjang pantai.

Kini, selari dengan kemajuan negara, pengangkutan rel telah menjadi satu mod pengangkutan terpenting negara. Malah, industri rel semakin berkembang pesat dengan kewujudan sistem Transit Aliran Ringan (LRT), Mass Rapid Transit (MRT) dan yang terbaru projek Kereta Api Laju antara Kuala Lumpur dan Singapura.

Kepesatan industri itu tentunya perlu diseimbangkan dengan kelahiran lebih ramai tenaga pakar atau pekerja mahir tempatan, tanpa perlu bergantung kepada kepakaran luar untuk memajukan industri rel negara.

Usaha itu telahpun dilaksanakan oleh Universiti Kuala Lumpur Institue of Product Design & Ma­nufacturing (UniKL IPROM) yang sememangnya mempunyai kepakaran khusus­nya dalam membangunkan tek­nologi reka bentuk untuk industri rel.

Ketua Seksyen Teknologi Kejuruteraan Reka Bentuk UniKL IPROM, Dr. Nik Masmiati Nik Pa berkata, UniKL IPROM mempunyai kepakaran untuk membangunkan prototaip rel, kereta api, stesen kereta api dan kemudahan berkaitan.

Menurutnya, terdapat dua program dalam bidang reka bentuk yang ditawarkan di UniKL IPROM yang bersesuaian untuk keper­luan industri rel iaitu Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Reka Bentuk Produk yang menjurus kepada penghasilan produk de­ngan penekanan dalam bidang teknikal, dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Reka Bentuk Industri yang lebih menjurus kepada penghasilan produk yang menekankan aspek estetik dan teknologi rekaan.

“Kedua-dua program itu amat bersesuaian untuk diaplikasikan dalam membangunkan reka bentuk untuk keseluruhan industri rel tidak kira dari segi luaran atau dalaman iaitu hiasan dalaman sesebuah kereta api yang ingin dibangunkan.

“Pelajar bagi kedua-dua program itu akan diajar berkaitan proses reka bentuk bermula daripada mengeluarkan idea, menghasilkan produk, membuat prototaip, menganalisis rekaan sama ada boleh digunakan atau tidak hinggalah kepada pemasaran produk. Malah, kami juga mendidik pelajar untuk menghasilkan produk mengikut permintaan industri (pelanggan),” katanya.

Sementara itu, pensyarah reka bentuk industri, Norhisham Seyajah berkata, kedua-dua program itu direka dengan matlamat untuk melatih pelajar dalam bidang penghasilan produk bukan sahaja produk pengangkutan tetapi juga perabot dan produk lain.

Tambahnya, lebih istimewa, hanya UniKL IPROM sahaja yang menggabungkan bidang seni dan kejuruteraan yang mana pelajar tidak hanya mendalami seni iaitu kemahiran melukis bagi melakar reka bentuk yang dicipta tetapi juga dilengkapi dengan kemahiran kejuruteraan termasuk perisian-perisian komputer yang digunakan dalam industri rel serta bijak menganalisis permasalahan.

“Bagi melahirkan pereka yang berkemahiran tinggi, seseorang pelajar itu dilatih agar dapat menyelesaikan masalah dalam apa juga keadaan dan membuat keputusan yang berkesan dalam pro­ses pembangunan produk.

“Malah, graduan terbabit juga memahami hampir semua aspek dalam industri seperti penggunaan bahan yang sesuai dan pada masa sama dapat merea­lisasikan reka bentuk yang meme­nuhi kehendak pelanggan. Itulah kepa­karan yang diperlukan oleh indus­tri pada masa ini,” ujar Norhisham.

Menurutnya, graduan UniKL tidak akan berdepan masalah untuk menghadapi dunia pekerjaan sebenar kerana peralatan yang disediakan di UniKL IPROM mencukupi untuk membantu mereka memenuhi kriteria yang diperlukan industri.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain