Persidangan itu antara lain terarah kepada usaha membina jaringan sokongan dan kesepakatan antara kesemua institusi berkenaan dalam memantapkan bidang penyelidikan dan inovasi yang diharap dapat memberi impak dan manfaat secara langsung kepad dunia pendidikan.

Penasihat 2 Jawatankuasa Induk PPIK, Datin Dr. Rohani Abdul Hamid berkata, pertukaran idea pada pertemuan itu mampu menjadi wadah dalam memangkin penemuan baharu, bertepatan dengan tema persidangan iaitu 'penyelidikan, pedagogi dan peningkatan inovasi'.

Beliau yang juga Pengarah IPG Kampus Datuk Razali berkata, sebanyak 70 kertas kerja dibentangkan dalam persidangan selama dua hari itu dengan turut diadakan pertandingan inovasi  melibatkan kategori pensyarah dan pelajar.

"Pembentangan memberi fokus kepada masalah pedagogi yang dihadapi sekolah jadi dengan hasil dapatan yang diperoleh diharap dapat dikongsi dengan lebih meluas dan dimanfaat secara bersama oleh semua sekolah di Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam persidangan yang dirasmikan oleh Rektor IPG, Dr. Sariah Abdul Jalil di IPG Kampus Datuk Razali, di sini hari ini.

Sementara itu enam projek inovasi dinilai pada peringkat akhir pertandingan iaitu dari IPG Ilmu Khas (C-OL); Keningau (Power Brand);  Kent (Roket Batik); Pendidikan Islam (Rhymstic Light); 
dan IPG Tuanku Bainun (Smart iRab).

Kategori pelajar pula melibatkan IPG Kampus Bahasa  Antarabangsa (figura kertas fleksibel); Ilmu Khs (KoNar:Mengkonsepsi Geomitri Optik); Kent (PTW Campur Sekali); Pendidikan Islam (Kaeda TANWA), Pulau Pinang (Put, PUsh & Count Pipe) dan IPG Tun Hussein Onn (QR Coded Big Book).-UTUSAN ONLINE