Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Kayang, Noridah Hamdan berkata, menerusi bahan disediakan pakar membolehkan percambahan pemikiran murid.

Menurutnya, Utusan Pelajar ternyata tampil berbeza berbanding bahan pembelajaran lain seperti buku teks dan buku latihan.

“Utusan Pelajar amat membantu guru selain menyediakan senarai semakan apa yang perlu kami lakukan.

“Tanpa menetapkan topik atau subjek khusus, ia (Utusan Pelajar) juga boleh diaplikasikan di mana-mana termasuk dijadikan sebagai bahan pengajaran untuk guru gantian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis pelancaran Program Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) Kuala Perlis, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarang Pendidikan Utusan Malaysia, Wahid Hashim serta Penasihat Utusan Pelajar dan Tutor Utusan Malaysia, Dr. Ismail Zain.

Dalam program itu, SK Kayang yang telah melanggan sebanyak 8,190 naskhah Utusan Pelajar selama 39 minggu turut menerima penarafan tiga bintang daripada pihak sekretariat Utusan Pelajar dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.

Dalam majlis itu juga, satu sesi pengenalan ringkas terhadap Utusan Pelajar disampaikan oleh Ismail kepada kira-kira 10 guru besar dari sekolah-sekolah di negeri ini.

Mereka yang berminat untuk melanggan Utusan Pelajar boleh menghubungi Penolong Pengurus Pendidikan Utusan Malaysia, Fauzi Hamdan di talian 019-5716282 atau melayari laman web www.utusanpelajar.com.my.