Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

UMT catat peningkatan hampir 12 peratus pelajar baharu

UMT-DAFTAR
PASANGAN kembar yang ditemani ibu bapa mereka turut mendaftar diri di UMT, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU 5 Sept. -Keyakinan umum terhadap Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi pilihan melanjutkan pengajian semakin kukuh dengan gambaran peningkatan 11.9 peratus kemasukan pelajar baharu sesi 2017/20128.


Bagi sesi kemasukan kali ini, sebanyak 2,782 tawaran dikeluarkan berbanding hanya 2,485 tawaran pada tahun 2016, dan sepanjang tiga hari bermula hari ini, pelajar baharu (ijazah sarjana muda) akan hadir mendaftar diri.


Penawaran peluang melanjutkan pengajian meliputi 27 program pengajian yang ditawarkan iaitu 76 peratus bidang sains dan 24 peratus bidang sains sosial.


UMTdalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya juga bakal menerima lima orang pelajar dalam golongan orang Kurang Upaya (OKU).


“UMT turut menerima kemasukan pasangan kembar dari negeri ini, Nur Fatma Hasni Majid dan Nur Fatma Husna, lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dari Sekolah Menengah Belara di sini.


“Di samping itu, seramai 17 pelajar antarabangsa dijangka mendaftar bagi program pengajian sarjana muda, kebanyakannya dari Timur Tengah,”ujar kenyataan itu.


Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) UMT menyediakan kemudahan bantuan kebajikan kepada pelajar kurang berkemampuan melalui program MyEhsan.


“Para pelajar yang layak dan menepati kriteria yang ditetapkan akan menerima bantuan dalam bentuk pembiayaan yuran pengajian, wang saku dan lain-lain. Sumber kewangan adalah daripada Tabung Kebajikan Pelajar UMT,” ujar kenyataan itu. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain