Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, pencapaian itu dipacu oleh Pusat-pusat Kecemerlangan (COE) yang dilihat proaktif dalam meningkatkan kapasiti bidang kekuatan universiti berkenaan.

“Antara COE itu ialah Pusat Kejuruteraan Automotif (AEC) yang menerimageran Technofund daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi hasil kerjasama dengan pihak industri.

“Pencapaian jalinan kerjasama antara UMP dan agensi antarabangsa juga memperlihatkan pencapaian positif melalui kerjasama dengan dua agensi antarabangsa iaitu Southeast Asian Ministers of Education Organisation (SEAMEO) dan Qatar National Research Fund (QNRF),” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE