naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali berkata, kedudukan UKM meningkat 46 anak tangga dari ke­dudukan ke-230, tahun lalu.

“Kami berbangga dengan pe­ningkatan kedudukan dalam QS World University Ranking yang merupakan penarafan utama global dalam mengukur kedudukan universiti berbanding universiti-universiti lain di dunia.

“UKM yakin pencapaian ini juga mencerminkan kecemerlangan uni­­versiti dalam konteks yang le­bih menyeluruh, khususnya dalam menyumbang kepada matlamat pembangunan negara dan peningkatan kesejahteraan kehidupan masyarakat tempatan dan sejagat, bertepatan dengan aspirasi rakyat yang mendasari penubuhan universiti ini,” katanya dalam sidang akhbar dekat sini, hari ini.

Noor Azlan juga menganggap pe­ningkatan dalam penarafan tersebut sebagai hadiah manis menje­lang usia 50 tahun UKM.

“Pengiktirafan ini dapat dilihat dengan peningkatan yang konsisten sepanjang empat tahun kebelakangan ini yang menyaksikan UKM berada dalam kategori satu peratus universiti teratas dunia.

“Selain itu, pada awal tahun ini, dalam penilaian QS mengikut tujuh bidang subjek antaranya Senibina, Bahasa Inggeris, Penga­jian Islam, Kejuruteraan Kimia dan Awam, Pendidikan serta Polisi Sosial telah tersenarai dalam 100 teratas di dunia,” katanya.

Noor Azlan menambah, kejayaan tersebut merupakan hasil kerjasama dan komitmen tinggi oleh semua warga UKM.