Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penjenamaan semula TVET berupaya  mengubah dan memperbetulkan persepsi negatif masyarakat yang sering bertanggapan bahawa sistem pendidikan itu sebagai pilihan kedua atau hanya diceburi mereka yang tidak mempunyai kelayakan akademik baik.

"Penjenamaan TVET Malaysia ini satu usaha bagi memantapkan koloborasi di antara semua pihak berkepentingan dalam bidang TVET  agar menjadi pendidikan pilihan dan kerjaya masa depan lumayan serta mempunyai potensi yang tinggi," katanya ketika berucap di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE