Pengarah Pengajian MTD, Razmi Abdul Razak berkata, laman web itu selain mudah diakses, ia juga dilihat sebagai nilai tambah kepada pelajar menambah pengetahuan sedia ada dan mempunyai pelbagai alternatif dalam pembelajaran.

SEBAHAGIAN pelajar menjawab soalan latih tubi dalam laman sesawang
SEBAHAGIAN pelajar menjawab soalan latih tubi dalam laman sesawang 

Menurutnya, Tutor.com.my mampu mengukuhkan pemahaman pelajar melalui soalan latih tubi dan nota ringkas mengikut topik mata pelajaran untuk dipraktikkan sebagai pecutan akhir SPM.

“Kita juga yakin dengan keupayaan laman web itu kerana soalan disediakan oleh pakar penggubal soalan dan pemeriksa kertas SPM,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Program Modul Pecutan Akhir A+ yang disempurnakan oleh Komandan MTD, Brigadier Jeneral Abdul Halim Abu Hassan.

Program kali pertama seumpamanya dikendalikan oleh syarikat pengendali pendidikan, Tutordotcom Solution Sdn. Bhd. itu membantu kumpulan pelajar berkenaan untuk menjawab soalan seperti peperiksaan sebenar dengan membuat latih tubi yang turut boleh diakses melalui aplikasi telefon pintar masing-masing.

Pecutan Akhir A+ diadakan bertujuan memperkenalkan konsep pentaksiran secara atas talian yang menyeronokkan dan diberi perspektif baharu iaitu mudah, sedikit tetapi istiqamah atau berterusan.

Pelaksanaan sistem itu mengambil kira gaya belajar murid berdasarkan teori kepelbagaian kecerdasan, program A+ menerapkan dalam minda murid mengenai konsep peperiksaan menyeronokkan melalui slogan Semudah ABC iaitu Akses, Belajar dan Cemerlang.

Sebelum mempraktikkan kemudahan sistem itu, bertempat di makmal komputer sekolah, pelajar dibahagikan mengikut kelas masing-masing dan dibimbing menjawab soalan secara atas talian dan mengklik pilihan jawapan pada set soalan.

Pelajar diberi dengan ID Pengguna secara percuma, log masuk www.tutor.com.my dan setelah selesai mendaftar sebagai pengguna, murid berpeluang mencuba dua set kertas soalan Bahasa Malaysia 1 dan 2, dua set kertas soalan Bahasa Inggerus 1 dan 2, dua set soalan kertas Sains dan dua set soalan Matematik.

ABDUL HALIM ABU HASSAN (kiri) dan Pengerah Eksekutif Toturdotcom
ABDUL HALIM ABU HASSAN (kiri) dan Pengerah Eksekutif Toturdotcom 

Selain itu, menurut Razmi, melalui kemudahan terbaharu yang disediakan itu, pelajar MTD dapat memanfaatkan baki masa yang tinggal sebelum SPM untuk membuat latih tubi soalan.

“MTD telah menyediakan jadual Tatapan Ilmu di mana sepanjang tempoh SPM berlangsung ada guru yang telah dijadualkan untuk berada di MTD bagi membantu pelajar sekiranya mereka menghadapi masalah dalam kertas peperiksaan.

“Oleh itu, apabila pelajar mengakses laman Tutor.com.my nanti sekiranya mereka sukar menjawab soalan yang terdapat pada laman web tersebut, mereka boleh merujuk kepada guru yang terlibat pada

Tatapan Ilmu bagi membantu mereka nanti,” katanya.

Terdapat 60,000 soalan pelbagai standard yang disusun mengikut reka bentuk pengajaran yang

GURU dan pelajar menunjukkan praktikal penggunaan selepas taklimat
GURU dan pelajar menunjukkan praktikal penggunaan selepas taklimat 

disusun oleh pakar pendidik dalam A+.

Latihan dari semasa ke semasa sehingga semua kemahiran dalam sesuatu topik dapat dikuasai sepenuhnya merupakan reka bentuk pembelajaran yang dicadangkan dalam pembelajaran A+. -UTUSAN ONLINE