Penajaan sebanyak 9,000 naskhah Tutor selama enam bulan sehingga September ini melibatkan empat buah sekolah rendah di daerah ini.

Ahmad Nazlan berkata, tajaan Tutor merupakan antara usaha berterusan untuk memartabatkan pendidikan di daerah ini.

“Kita akan terus memberi fokus kepada bidang pendidikan bagi memastikan kecemerlangan pendidikan di daerah ini yang merekodkan pencapaian terbaik negeri berterusan,” katanya selepas menerima tajaan akhbar pendidikan berkenaan sempena Program Jelajah Pendidikan Bumiputera di Dewan Majlis Daerah Jerantut di sini hari ini.

Yang hadir sama Pegawai Pemerintah Batalion Pertama 505 Askar Wataniah Mekanise, Leftenan Kolonel Tengku Datuk Seri Kamarul Zaman Sultan Abu Bakar dan Pengerusi Jawatankuasa Induk Jelajah Pendidikan Bumiputera 2018, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Sahol Hamid Abu Bakar. - UTUSAN ONLINE