Majlis penganugerahan pingat tersebut disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh yang berlangsung di Memorial Tunku Abdul Rahman di sini hari ini.

Dengan kemenangan itu, Yoon Chen, 24, yang bakal bergelar doktor pergigian menerima hadiah wang tunai RM5,000 dan pingat emas daripada penganjur anugerah tersebut iaitu Yayasan Tunku Abdul Rahman.

Sementara itu, bekas mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Hanisah Hassan diumumkan pemenang pingat perak Anugerah Pingat Tunku 2016 manakala penerima pingat gangsa ialah Muhamad Khairul Adib Muhammad Yusof, siswazah Universiti Putra Malaysia (UPM). - UTUSAN ONLINE