Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Teroka bidang baharu pendidikan vokasional - Mahdzir

MAHDZIR KHALID dan Shaziman Abu Mansor (lima dari kiri) bergambar 2
MAHDZIR KHALID dan Shaziman Abu Mansor (lima dari kiri) bergambar bersama perwakilan selepas majlis Perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tampin, Negeri Sembilan, semalam. UTUSAN/ASWAD YAHYA

TAMPIN 19 Ogos – Kementerian Pendidikan sedang meneroka bidang baharu dalam pendidikan vokasional untuk diperkenalkan sesuai dengan perkembangan dan kemajuan negara.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, antara bidang itu ialah berkaitan perkhidmatan rel, perubahan iklim, alam sekitar dan tenaga yang boleh diperbaharui yang penting dan memerlukan tenaga mahir secara berterusan.

Beliau berkata, perkhidmatan rel kini menjadi penting berikutan pelaksanaan beberapa projek seperti Transit Aliran Massa (MRT), projek sambungan Transit Aliran Ringan (LRT) dan pelaksanaan LRT3 serta projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah memper­kenalkan MRT, LRT II dan ECRL. Maknanya bidang itu kena cari untuk mendapatkan ramai anak tempatan yang punya kemahiran. Ini akan kita buat dalam pendidikan teknik dan vokasional.

“Kita perlu kemahiran secara menyeluruh dalam pelbagai bidang untuk negara kita bagi memenuhi tuntutan masa depan. Banyak yang perlu diterokai dalam bidang baharu selain menambah baik bidang sedia ada,” katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tampin, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Tampin, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.

Mahdzir berkata, beliau meminta pegawai kementeriannya melawat semua lokasi perkhidmatan rel untuk mendapatkan input berkaitan keperluan dalam sektor itu.

“Kalau nak jadi juruteknik, apa yang sesuai untuk mereka, kita minta supaya dihalusi bidang-bidang itu. Saya tidak dapat tentukan bila jurusan berkaitan perkhidmatan rel ini akan diper­kenalkan tetapi untuk jangka panjang sudah tentu ramai diperlukan bagi bidang itu,” katanya.

Beliau menarik perhatian, pendidikan vokasional menjadi semakin penting untuk negara dan kerajaan berusaha melahirkan ramai lulusan yang mampu diserapkan ke dalam sektor berkaitan.

Tahun ini, katanya, kira-kira 13,000 lulusan bidang vokasional dalam 16 jenis kursus akan menerima diploma masing-masing pada Isnin ini, meningkat berbanding kira-kira 2,600 orang pada tahun lalu.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain