Program inisiatif Badan Amal Kasih Sayang Malaysia (Bakasa) itu sebagai usaha memperluas aktiviti mendidik kanak-kanak pintar dan berbakat dalam kalangan golongan kurang berkemampuan.

Program tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem), Sekolah Al-Amin, Al-Amin Edu Niaga dan Syarikat Elvira Systems.

Pelaksanaannya bertujuan memupuk budaya berinovasi dalam kalangan pelajar miskin dan kurang bernasib baik terutama mereka yang berada di kawasan luar bandar serta melahirkan generasi celik inovasi dalam kalangan kumpulan tersebut.

Selain itu, pelaksanaannya bagi membudayakan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Yang berangkat sama pada majlis pelancaran itu Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Yang Dipertua Bakasa, Tengku Puteri Seri Teja Pahang, Tengku Muhaini Sultan Ahmad Shah.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Seri Shahiruddin Ab. Moin; Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman dan pemimpin kerajaan negeri serta setempat. - UTUSAN ONLINE