Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Taklimat penggunaan Tutor sekolah angkat YPC

Sekumpulan pelajar dari sekolah angkat YPC menggunakan portal
SEKUMPULAN pelajar dari sekolah angkat YPC menggunakan portal pembelajaran www.tutor.com.my selepas sesi taklimat penggunaannya di Kolej Teknologi YPC-iTWEB, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pelajar daripada 12 sekolah angkat Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) yang menerima tajaan menggunakan portal pembelajaran atas talian, www.tutor.com.my mengikuti sesi taklimat penggunaannya di Kolej Teknologi YPC-iTWEB, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Taklimat disampaikan oleh tiga pegawai eksekutif Unit Pendidikan Utusan Malaysia, Nor­azizah Aziz, Fauzi Hamdan dan Khairul Azmi Kamaluddin.

Dalam taklimat itu, pelajar dibimbing untuk mendaftar masuk dan latihan amali menggunakan kandungan portal tersebut.

Sebanyak empat sesi taklimat di­adakan bagi memenuhi keperluan YPC yang menaja 500 akaun Tutor dengan nilai tajaan berjumlah RM5,000 itu.

Sekolah angkat YPC yang terlibat ialah Sekolah Menengah Ke­bangsaan (SMK) Convent Jalan Peel, SMK Seri Saujana, SMK Seri Permaisuri, SMK Seri Bintang Utara, SMK Seri Bintang Selatan, SMK Puterijaya, SMK Miharja, SMK Teknik Cheras, SMK Dato’ Onn, SMK Perempuan Pudu, SMK Cheras dan SMK Yaakob Latif.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain