Tajaan oleh Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon itu melibatkan 20 naskhah bagi setiap sekolah yang akan diedarkan pada setiap Isnin.

Sin Woon hari ini hadir bagi menyerahkan replika cek tajaan sebanyak 8,400 naskhah untuk 35 minggu keluaran bernilai RM5,040 di pejabat Utusan Malaysia di sini.

Beliau menyampaikan replika cek tersebut kepada Ketua Wilayah Tengah, Jabatan Pemasaran Utusan Melayu (Malaysia) Bhd., Tariq Abdul Jalil. - UTUSAN ONLINE