Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, pelantikan berkuat kuasa selama tiga tahun yang bermula pada Julai lalu.

“Beliau mempunyai pengalaman dan kepakaran luas dalam bidang korporat dan pendidikan kerana pernah terlibat sebagai anggota panel di beberapa universiti awam dan swasta.

“Pada kesempatan ini, saya mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan Tan Sri Dr. Ahmad Zaidee Laidin sepanjang menyandang Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM sejak Julai 2015,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE