Syed Ali Al-Habshee

Ketua Pegawai Eksekutif YPC, Mohd. Ismail Mohd. Nor berkata, penganugerahan tersebut berdasarkan sumbangan cemerlang beliau dalam bidang pendidikan khususnya memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan prestasi kejayaan dan pembangunan modal insan.

“Antara sumbangan besar Syed Ali Al-Habshee ialah melahirkan idea penubuhan YPC pada tahun 2000 serta mengambil sekolah-sekolah di Parlimen Cheras khususnya di Kuala Lumpur sebagai sekolah angkat di bawah YPC.

“Selain itu, beliau turut memberikan biasiswa kepada pelajar tingkatan lima daripada keluarga berpendapatan sederhana serta peluang melanjutkan pengajian di peringkat Asasi selama setahun sebelum meneruskan pengajian ijazah program berkembar dengan Liverpool John Moores University,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Liverpool John Moores University memberikan Anugerah Felo Kehormat kepada mereka yang telah memberikan komitmen serta sumbangan besar dalam bidang masing-masing dan mampu dijadikan sumber inspirasi kepada masyarakat.