Keberangkatan tiba baginda di­iringi Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid dan Pengetua MCKK, Anand Baharuddin.

Pada majlis tersebut, Sultan Nazrin menyampaikan anugerah kepada 186 pelajar cemerlang sekolah itu yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga lima dan program Diploma International Baccalaureate (IB) serta lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016.

Baginda turut berkenan men­yampaikan dua penerima anuge­rah utama iaitu Anugerah Carey kepada Tengku Hadi Luqman Tengku Razmi manakala Syamil Hatim Mohamed Zaiman (Anugerah Hasanal Bolkiah).

Baginda juga menyampaikan empat anugerah lain kepada Mohamad Fayyadh Fazlula'ah (Anu­gerah Pengetua), Zamir Mohd. Shaiful Aizi (Anugerah­ MCOBA), Wan Muqry Zafran Mohd. Khairy (Anugerah Kepim­pinan) serta Mu­hammad Luqman Mohammad Nawar (Anugerah Persatuan Ibu Bapa dan Guru).

Sultan Nazrin kemudiannya men­yampaikan anugerah kepada 14 guru sekolah itu yang mengajar program IB serta sembilan guru cemerlang bagi mata pelajaran Fizik dan Bahasa Inggeris.

Sementara itu Anand dalam ucapannya berkata, MCKK telah mencatatkan keputusan melebihi sasaran untuk enam kali berturut-turut, sekali gus memantapkan kedudukannya dalam band satu se­kolah-sekolah Kementerian Pendidikan.

Katanya, keputusan tersebut di­peroleh menerusi penilaian pres­tasi 2016 atas empat bidang iaitu pencapaian akademik, kecemerlangan kokurikulum, kebitaraan sekolah serta jalinan dan jaringan sekolah.

“Dalam kelompok sekolah-sekolah ulung yang lain, MCKK me­rupakan sekolah berpres­tasi tinggi yang mana setiap tahun dinilai oleh Unit Prestasi dan Penyampaian Pendidikan (Padu).

“Bagi penilaian pada tahun la­lu, MCKK muncul enam kali berturut-turut dengan mencatatkan keputusan yang melebihi sasa­ran,” ujar beliau.