Razali Mohd. Noor,63, dan isterinya Ramlah Daud,62, berjaya menerima Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam pada majlis itu yang disampaikan Naib Presiden (Perancangan dan Strategi) OUM Prof. Ramli Bahroom.

Menurut Razali yang berasal dari Teluk Intan, Perak, selepas bersara daripada perkhidmatan dengan Kementerian Kesihatan, beliau berhasrat untuk mendapatkan ijazah bersama-sama isterinya.

“Sokongan dan galakan daripada anak-anak mendorong kami mengikuti pengajian di OUM selama empat tahun dan sama-sama mengulangkaji pelajaran.

“Tambahan pula OUM menawarkan diskaun khas untuk warga emas melanjutkan pelajaran untuk bayaran yuran pengajian,” katanya kepada pemberita hari ini.

Yang turut hadir pada majlis itu, Pengarah Pusat Pengajian Seberang Jaya, Nooraini Youp. - UTUSAN ONLINE