Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Azuyah Hassan berkata, jumlah calon yang lulus penuh satu hingga lima mata pelajaran turut bertambah sebanyak 0.47 peratus, iaitu daripada 98.90 peratus pada STPM 2016 menjadi 99.37 peratus pada STPM 2017.

“Sebanyak 44 daripada 60 buah sekolah di negeri ini mencapai kelulusan penuh 100 peratus.

“Daripada jumlah itu, 18 buah sekolah itu dikategorikan sebagai luar bandar dan 26 sekolah dari kategori bandar,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mengumumkan keputusan peperiksaan STPM tahun 2017 peringkat negeri Kedah di Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra di sini hari ini.

Menurutnya, terdapat penurunan dari segi jumlah pelajar memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 iaitu 44 orang bagi tahun 2017 berbanding 46 pelajar bagi tahun 2016. - UTUSAN ONLINE