Sementara itu, pencapaian PNGK bagi sekolah kerajaan di negeri ini ialah 2.93, berbanding di peringkat nasional 2.76, iaitu mengatasi sebanyak 0.17 mata.

Pengarah Pendidikan negeri, Muhamad Zahari Othman berkata, pencapaian PNGK itu amat membanggakan seluruh warga pendidik Kelantan kerana merupakan yang terbaik dalam tempoh tujuh tahun ini.

“Pada tahun ini, Kelantan mempunyai 5 wakil pelajar terbaik peringkat nasional berbanding dua sahaja pada tahun lalu.

“Tiga sekolah dalam jajahan Pasir Mas iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Raja, SMK Kangkong dan SMK Sultan Ibrahim 2 dipilih sekolah terbaik peringkat nasional,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE