Lembaga Peperiksaan dalam satu kenyataan memaklumkan khabar angin yang menyatakan tiga kertas peperiksaan itu bocor adalah tidak benar.

“Lembaga Peperiksaan te­lah menjalankan siasatan ber­kaitan aduan diterima, berita kebocoran seperti yang didakwa adalah tidak benar.

“Sehubungan itu tiada ke­perluan untuk calon menduduki semula semua kertas yang dinyatakan. Ibu bapa dan penjaga tidak perlu bimbang berkaitan perkara ini,” jelas kenyataan itu di sini hari ini.

Menurut Lembaga Peperiksaan, peperiksaan SPM telah dijalankan mengikut garis panduan yang diberikan dengan penye­liaan Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.

Kementerian Pendidikan me­­­mohon semua pihak agar lebih prihatin, berhati-hati dan tidak menularkan sesuatu perkara yang tidak tepat.

“Tindakan seperti itu di­khuatiri akan mengganggu emosi dan fokus calon serta ibu bapa,” jelas kenyataan itu.