Menurut Guru Pembimbing, Samsiah Radiman, kejayaan Muhammad Izzuan Izzany diraih menerusi produk Terminallia Sole dalam kategori Sains Alam Sekitar manakala Ahmad Zhafran pula bagi kategori Kejuruteraan dengan projek B-ROV: Remotely Operated Underwater Vehicles.

“Produk Terminallia Sole me­ru­pakan pelapik kasut bersifat antibakteria dan antifungus, mes­ra alam dan mengandungi aroma herba yang dapat mengurangkan bau busuk dalam kasut.

“B-ROV pula berfungsi sebagai alat menggumpul data dalam tasik dan sungai, dilengkapi de­ngan pemprograman Arduino, kamera kalis air dan motor untuk pergerakan dalam air,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, baru-baru ini.

Dalam APCYS ini, 72 projek dibentangkan oleh pelbagai negara antaranya Slovenia, Rusia, Turki, Sri Lanka dan China.

Pasukan negara yang diwa­ki­li 13 pelajar dari lima sekolah - SMS Sultan Alam Shah, SMS Alam Shah, Kuala Lumpur, Kolej Tunku Kurshiah, SMS Tengku Mu­hammad Faris Petra dan Maktab Tentera Diraja (MTD) - turut membawa pulang lima pingat perak dan empat pingat gangsa.

Sementara itu, Pengarah Pe­ngajian MTD, Razmi Abdul Razak berkata, APCYS bertujuan menyediakan platform kepada penyelidik muda mengetengahkan projek sains mereka.