Sekolah tersebut membentangkan projek inovasi yang berpotensi dikembangkan, menyentuh soal bagaimana institusi sekolah di negeri ini dapat menyesuai dan menterjemahkan pendekatan pengajaran serta pembelajaran abad ke-21 dengan berkesan dalam memperkasakan pendidikan serta menangani cabaran.

Diwakili oleh Wan Deana Fitriyah Wan Shamsudin, Nur Dina Syafikah Rani, Nur Shahirah Nordin dan Nur Basyirah Ragzali bersama guru pembimbing, Mohd Aminudin Wahab mereka berpuas hati dengan pencapaian dalam saingan yang sengit.

Pengetuanya, Kamarulzaman Ismail mengucapkan syabas kepada pasukanya sekolahnya yang berjaya melepasi pelbagai tahap saringan termasuk menewaskan sekolah-sekolah ternama.

Dalam penilian peringkat akhir, SMK Pulau Indah muncul sebagai juara manakala SMK Bandar Baru Salak Tinggi Selangor di tempat ketiga.

Pertandingan itu menjadi medan yang mencabar pemikiran pelajar dalam menangani pelbagai isu sosial dengan mengemukan keadah penyelesaian terhadap permasalahan berbangkit.

Ia diadakan sempena Persidangan Sekolah-Sekolah Amanah 2018 selama tiga hari yang berakhir semalam dengan penyertaan kira-kira 700 pelajar dan warga pendidik dari seluruh negara.

Persidangan ini mula dianjurkan pada tahun 2012 bermula dengan 300 penyertaan, dan bilangan Sekolah Amanah kini sebanyak 83 buah yang menampung 66,000 pelajar dan 4,670 guru di seluruh negara.

Program Sekolah Amanah merupakan usahasama dengan rakan kongsi swasta untuk mewujudkan model transfomasi sekolah yang boleh dijadikan contoh di seluruh negara dalam jangka masa panjang.-UTUSAN ONLINE