Selaku juara, ahli pasukan SMK Lutong akan dibawa ke Shell’s Make the Future (MTF) di London, United Kingdom bagi merasai pengalaman melakukan eksperimen sains secara hands-on, menguji dan menyumbangkan idea berkaitan tenaga alternatif.

Ketua Perhubungan Luar Negara Shell Malaysia, Nimmi Kamal berkata, #MyGeekMovement bertujuan membantu mencapai sasaran dan aspirasi untuk meningkatkan lulusan dalam bidang STEM.

“Fokus inisiatif ini adalah untuk memberi pendedahan awal terhadap STEM untuk mencetuskan minat pelajar dalam bidang kejuruteraan, teknologi maklumat dan automasi,” katanya.

#MyGeekMovement melatih pelajar mendapat pengetahuan mendalam mengenai dunia teknologi dan inovasi menerusi penciptaan, bukan sekadar pengguna teknologi semata-mata.

Dalam pertandingan akhir, SMK Lutong dengan produk prototaip pengesan habuk menewaskan Sekolah Menengah St. Michael, Sabah dan SMK Bandar Puncak Jalil.