Kemenangan itu membolehkan sekolah menengah dan rendah berkenaan membawa pulang wang RM4,000 berserta  trofi dalam acara yang julung kali diadakan bagi meraikan kejayaan kemenjadian pendidikan di negeri ini.

Bagi kategori guru, anugerah diberikan kepada guru SK Kampung Baharu Kuala Abang, Suhaimi Mat Hassan manakala Saripah Embong (SM Agama Sultan Zainal Abidin) di samping Anugerah Oscar Murid Sekolah Menengah diraih Asmawi Azman (SMK Ibrahim Fikri) dan Azreen Nabila Alias (SMK Bukit Nenas).

Anugerah Oscar Murid Sekolah Rendah lelaki dan perempuan diungguli murid SK Kerteh iaitu Haris Muqhids Rosdy dan Nurin Farahiyah Muhammad Zaidi diikuti kategori murid berkeperluan khas, Muhammad Hazim Basyir Norghani (Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Putra Besut dan Qasrina Batrisya Qaidil Azam (SK Pendidikan Khas Kuala Terengganu).

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di dewan konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI).

Yang hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Mohd. Zubir Embong; Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Teknologi dan Transformasi negeri, Bazlan Abdul Rahman dan Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin. - UTUSAN ONLINE