Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, pihaknya mahu guru-guru kembali kepada ‘roh kependidikan’ dengan memberi tumpuan mengajar dan membina sahsiah pelajar.

“Kerajaan Pakatan Harapan dalam Buku Harapan ingin kurangkan beban guru. Jadi, ini baru permulaan dan kepada guru pula seperti mana kita ingin kurang beban mereka, kita juga minta mereka beri komitmen kepada murid.

“Pada masa sama, saya juga menerima respons yang luar biasa selepas kementerian membuat keputusan hentikan audit SKPMg2, implikasi kegembiraan memang dirasai oleh para guru,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam berkata demikian selepas meninjau kerja-kerja menaik taraf Jalan Besar Simpang Renggam di sini, sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE