Menurut Guru Besarnya, Rohana Abd. Manaf, secara keseluruhan pada tahun ini sekolah tersebut berjaya menunjukkan peningkatan dengan mencatatkan 98.03 peratus menguasai tahap minimum.

"Pada tahun ini, sekolah ini sekali lagi berjaya mengekalkan pencapaian sebagai sekolah terbaik di seluruh Putrajaya buat kali kesembilan berturut-turut.

"Tetapi kejayaan tersebut tidak datang dengan mudah tanpa pengorbanan dan komitmen berterusan yang ditunjukkan oleh guru-guru di sini dengan memberikan tunjuk ajar tanpa jemu kepada semua murid di sekolah ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan keputusan PPSR di sini hari ini.

UPSR
Pasangan kembar Nur Aireeya Dawini Norzairi (kanan) dan Nur Aireesya Dawini Norzairi (kiri) menunjukkan keputusan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) yang diterima kepada ibu mereka, Naziatul Syima Nasaruddin di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(1) hari ini. -BERNAMA

PPSR merupakan sebuah dokumen yang melaporkan kejayaan murid pada akhir persekolahan peringkat rendah yang lebih holistik dan bermakna.

Pelaporan tersebut merangkumi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Psikometrik(PPsi), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan UPSR bagi murid aliran perdana atau Pentaksiran Alternatif yang Sekolah Rendah (PASR) bagi murid berkeperluan khas masalah pembelajaran.

Dalam pada itu, menurut Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, sebanyak 87 daripada 2,016 calon di Putrajaya mendapat gred A dalam semua mata pelajaran.

Katanya,  tahap penguasaan minimum bagi seluruh sekolah di Putrajaya pula ialah 88.89 peratus.-UTUSAN ONLINE