HASAN MAD
HASAN MAD

Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr. Hasan Mad berkata, ia penting bagi mengenal pasti aspek sumbangannya kepada integrasi nasional.

Katanya, Kementerian Pendidikan berhak bertindak dan membuat sebarang keputusan berlandaskan kepentingan nasional dalam isu berkaitan pemindahan SJKC.

“Kementerian itu juga tidak perlu melayan kepentingan segelintir pihak yang cuba mempolitikkan kepentingan negara. Pemikiran songsang isu ini lambang rapuhnya pendirian rakyat terhadap agenda integrasi nasional sehingga gagal mengutamakan kepentingan perpaduan.

“Malah ada juga lebih mengutamakan kepentingan kelompok kecil yang dilihat tidak lagi relevan dalam keadaan sekarang. Jika mereka dari kelompok ini juga mereka harus cintakan Malaysia, sewajibnya mereka menyumbang buah fikiran bagaimana hendak mempertingkatkan integrasi nasional,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, pihaknya akan me­lak­sanakan perpindahan enam SJKC serta meneliti secara objektif mengenai pembinaan 10 SJKC baharu berdasarkan situasi kewangan semasa dan isu-isu ketelusan.

Bagaimanapun tambah Mas­zlee, pembinaan dua sekolah SJKC yang melakukan proses pecah tanah akan terus dijalankan.

Dalam pada itu, Hasan berkata, rakyat berbilang kaum di negara ini akan terus bergeseran sesama sendiri selagi sistem integrasi nasional belum mantap.

“Semua isu tidak akan lagi menjadi remeh, ia akan menjadi besar atau diperbesar-besarkan, terutama isu-isu yang sensitif seperti isu SJKC ini,” jelas beliau.