Pembukaan fasa pertama sekolah antarabangsa tersebut yang dibangunkan dalam tiga fasa menyasarkan pengambilan pertama seramai 1,000 pelajar menjelang tahun depan.

Pengetua Shattuck-St Mary’s Forest City, Graham Gamble berkata, sekolah yang dibangunkan dengan pemaju Forest City, Country Garden Pacificview Sdn. Bhd. (CGPV) menyasarkan 3,000 pelajar akan mendaftar apabila siap sepenuhnya.

“Ini merupakan kampus global pertama Shattuck-St Mary’s di Asia Tenggara dan berbekalkan sejarah sekolah ini selama 160 tahun, kami menawarkan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang holistik,” katanya pada majlis pembukaan fasa pertama Shattuck-St Mary’s Forest City di sini sebentar tadi.

Sekolah antarabangsa Shattuck-St Mary’s yang dibangunkan dalam tiga fasa melibatkan pelaburan sebanyak RM935 juta.

Menurut Graham, sekolah tersebut mempunyai guru berpengalaman dari beberapa negara termasuk Amerika Syarikar, Kanada dan United Kingdom menerima kemasukan 150 pelajar perintis berusia antara lima hingga 16 tahun hari ini. - UTUSAN ONLINE